Monday, August 24, 2009

H1N1 . . .



Hmmm.....
pernah dengar tak H1N1?
Haha... mesti la pernah kan?..
pernah dengar tak yang H1N1 ni sebenarnya waris wabak 1918?
hihi... kalau sape yang tak tau lagi 2...mesti tak pernah dengar lagi kn?

Actually.. daripada apa yang saya baca virus InfluanzaA H1N1 yang merebak di negara kita dan beberapa negara di dunia ini merupakan pewaris virus Influanza A H1N1 yang membunuh antara 50-100 juta penduduk dunia sekitar tahun 1918 dan 1919.

Tau tak kenapa?

Sebab...
para pengkaji (saintis, doktor, dan orang2 yang berkaitan) mendapati:
Susunan genetik virus Influanza A H1N1 yang muncul sekarang ini hampir sama dengan susunan genetik Influanza A H1N1 pada tahun 1918, cuma mengalami perubahan kecil sahaja. Perubahan kecil yang dimaksudkan ialah- daripada 4,400 asid amino dalam virus H1N1 pada 1918, hanya 25- 30 asid amino sahaja yang berbeza.

Kenapa nama virus ni H1N1?
Sebab...
Kemunculan virus Influanza A H1N1 pada tahun 1918 tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya, virus ni sentiasa mengalami evolusi (disebabkan mutasi virus ini tinggi)yang menghasilkan banyak variasi selepasnya. Contohnya H1N1, H1N2, H2N2, H3N2, H5N1, H5N2, H7N2,H7N3, H7N7, H9N2,dan H10N7. Jadi, huruf H dan N digunakan bagi mewakili struktur protien di permukaan kapsul virus. Ciri yang ada pada struktur protein H (hemaglutinin) dan N (neuramidinase)membantu menentukan tahap bahaya variasi virus tersebut. Nombor 1 pula digunakan kerana daripada 16 jenis protien H dan 9 jenis protien N, hanya H1,2,3 serta N1 dan 2 sahaja yang biasa ditemuai pada virus yang menyerang manusia.

Kenapa perlu Vaksin?
haha...
mestilah jawapannye untuk melindungi kita semua dari virus tu kan..
tapi..
bukan ke virus ni penah wujud sebelum ni..
kenapa tak guna je ubat yang dah wujud sebelum ni? betul tak?
Hihi... Tak betul jawapannye..
sebab....
virus ni kan dah mengalami mutasi. Jadi, kita tak boleh la guna vaksin yang sama macam yang ada sebelum ni. Kalau guna juga memang tak berkesan apa-apa pun.



"Ingatlah bahawa virus Influanza A mempunyai kemampuan mutasi yang tinggi. Ini bermakna ancaman kesihatan mungkin jauh lebih dahsyat..terutamanya ketika sesetengah saintis khuatir kemungkinan gabungan H1N1 dengan virus selesema burung H5N1"

Thursday, August 20, 2009

Rahsia Buah Kegemaran Mengikut Kajian Dr. Barnet

Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh
Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan
unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya
lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi
buah kegemaran masing2.Kaedah ini juga dikenali
sebagai Science of Fructology..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi
kehidupan manusia..

1-JENIS LIMAU¡K
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau
bali.
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu
yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu
perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri
mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga
rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg
sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn
lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak
lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg
singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan
bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan
berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn
kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar
bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn
sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan
kamu¡Kƒº

2-BUAH-BUAHAN TROPIKA¡K
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba
pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak
dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu
menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg
terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan
kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu
terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan
semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar
meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab
dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg
mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak
suka menunjukkan perasaan sedih pada org
sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg
suka mengambil berat dan gemar berseronok¡Kƒº

3-JENIS BUAH LADANG¡K
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja
kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi
tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling
kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari
tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah
mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak
terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki
sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu
lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg
yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu
gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg
terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan
yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm
setiap perkara yg kamu lakukan¡Kƒº

4-JENIS TEMBIKAI¡K
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan
bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan
apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di
tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki
ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian
yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi
kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan
diri kamu sebagai individu yg berhati2¡Kƒº

5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI¡K
Contohnya seperti
blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur
dan tomato.
Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka
menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman
baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan
berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa
sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat
pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg
menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada
makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya
kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau
bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling
berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg
unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol
kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti¡Kƒº

6-JENIS KEKACANG¡K
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.
Kamu ini ¡§moody¡¨ lah!!Kadangkala mood kamu berubah2
tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang
keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu
berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan
pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu
juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana
kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah
individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2
kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama
kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan
waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu
dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan
kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga
akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg
yg berpendirian...

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU¡K
Contohnya kundur.
Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya
pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan
segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia
lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan
curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut
dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan
setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi
satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2
kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat
kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami
akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat
kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm
menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada
warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg
yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut¡Kƒº

Friday, August 7, 2009

indahnya pulau perhentian..





sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu

novel best






Judul : Tunggu Teduh Dulu
Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Al- Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Halaman : 678 muka surat
ISBN : 978-983-3991-51-8

Mulanya saya memegang novel ini saya berfikir panjang kerana hati saya mengatakan buku ini sangat tebal dan mungkin amat payah untuk dihabiskan. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila saya amat sayang untuk menghabiskan buku ini yang walau pun tebal tetapi mampu memberikan saya satu kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.

Tunggu Teduh Dulu mengisahkan kisah cinta – cinta sesama manusia dan cinta kepada Yang Maha Pencipta. Penulis adalah seorang lelaki tetapi beliau mampu menceritakan watak wanita dengan begitu baik sekali. Salsabilah Fahim, watak utama novel ini merupakan seorang muslimah yang ingin berbakti kepada bumi Allah dengan mengusahakan ladang betik yang diberi nama Teduh Dulu di atas tanah peninggalan arwah ayahnya. Usaha yang dikongsi bersama dengan rakan karib beliau Teh Sofia , mendepani rintangan demi rintangan daripada masalah kewangan, kehidupan peribadi dengan konflik cinta sesama manusia, pengkhianatan dan yang paling getir ialah apabila mereka berdepan dengan pengambil-alihan milikan tanah atas alasan pembangunan. Namun berkat ketakwaan, keimanan dan kecintaan kepada Yang Maha Pencipta, Salsabilah mampu untuk menangani semua rintangan yang ada.

Kekuatan novel ini adalah pada kata-kata nasihat yang diketengahkan. Antara yang memberi kesan kepada saya adalah petikan kata-kata berikut:

1. “...kerja Tuhan siapa yang tahu...” – Teh Sofia

2. “Tuhan bekerja dengan penuh rahsia...” – Teh Sofia

3. “...penderitaan adalah kerana keinginan dan pemilikan, ia muncul kerana ada kelekatan atau attachment. Aku terlalu bergantung hingga lupa penggantungan yang lain.” – Teh Sofia

4. “Kalau semua orang faham dasar tauhid, tak kan ada yang kesasar daripada gagasan hablumminallah dan hablumminannas...” Salsabilah

5. "Dunia kita di muka bumi ini hanyalah persinggahan. Kita cuma menunggu berteduh, cukup sahaja bekalan dan tiba masanya, kita juga akan berangkat seperti yang lain-lain." - Salsabilah

Saya amat tersentuh dengan hubungan cinta di antara Salsabilah dan Sazli. Sazli merupakan salah seorang pekerja ladang Salsabilah. Sazli yang jauh lebih muda berbanding Salsabilah meluahkan perasaan beliau sebelum beliau berangkat ke Jerman untuk melanjutkan pelajaran. Luahan perasaan Sazli disambut oleh Salsabilah dengan memberi satu tamparan ke pipi Sazli. Tuhan Maha Kuasa, mereka bertemu di Makkah sewaktu Salsabilah membawa mak tirinya mengerjakan umrah. Yang manisnya, Salsabilah dan Sazli diijab kabulkan di Makkah, menjadi pengantin kaabah.

Sememangnya wajar bila S. Othman Kelantan, Sasterawan Negara menyatakan bahawa karya ini “Memberi kesan dramatik kepada pembacanya” sebab seusai khatam novel ini saya memang benar-benar merasakan kesan dramatik tersebut.

Karya ini sesuai dibaca oleh mereka yang memerlukan suntikan semangat juang yang tinggi. Bacalah buku ini ketika anda kehilangan punca kerana ia sedikit sebanyak memberikan anda panduan untuk kembali bangun setelah rebah.

Sunday, August 2, 2009

refleksi introspektif

1.0 PENGENALAN

1.1 SINOPSIS CERPEN

Tajuk: Si Kecil itu.
Penulis: Khaulah Al-Azwar.
Cerpen ini mengisahkan seorang wanita bernama Mu’minah. Mu’minah baru sahaja tiga bulan menamatkan tugasnya sebagai mahasiswa lepasan Universiti Yarmouk di Jordan dan bekerja sebagai salah seorang tenaga pengajar di Shah Alam. Dia adalah anak tunggal perempuan Puan Zulaikha, juga adik kepada Shamimi yang mempunyai seorang anak bernama Athirah. Athirah yang berusia dalam lingkungan setahun lebih telah ditinggalkan bersama Mu’minah sebaik sahaja kakak iparnya, Farhana dan shamimi menghilangkan diri selepas seminggu penceraian mereka. Sebagai seorang yang masih muda dan mentah mengenai selok-belok rumah tangga, dia agak kekok dan sedikit terbeban dengan amanah yang diberi kepadanya. Baginya, tugas untuk menjadi seorang ibu tanpa sebarang pengalaman sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, personaliti dan psikologinya. Begitu banyak cabaran yang perlu dihadapinya. Walaupun ada kalanya tindakannya hampir melangkaui batas kesabaran dan emosinya begitu bercelaru memikirkan tanggungjawab sebagai seorang ibu, namun berkat pegangan agama yang ada dalam dirinya serta pujukkan daripada ibunya menyebabkan dia nekad menjaga Athirah walaupun pada dasarnya dia tidak begitu yakin dengan keputusan itu. Dia cuba dan terus memupuk rasa kasih dan sayang terhadap Athirah dan memberikan didikan agama dan asuhan yang terbaik untuknya sehingga dewasa serta tetap dengan pendiriannya untuk tidak sesekali menyerahkan Athirah kepada keluarga Farhana walaupun tanpa sebarang pertolongan dan khabar berita daripada Shamimi. Dia tidak mahu membiarkan Athirah dibesarkan dalam ketandusan kasih sayang dan agama. Dia mahu Athirah dididik dari acuan ajaran Islam untuk mengenal Tuhan. Dalam kesempitan yang dilaluinya sebenarnya ada kesempatan yang dipereroleh. Kehidupan bersama Athirah banyak mengajarnya erti kesabaran dan penggantungan pada Ilahi. Berkat kesabaran dan niatnya yang suci, akhirnya Shamimi memunculkan diri setelah hampir lima bulan menghilang. Shamimi cuba menduga kemampuan Mu’minah utuk menjaga anaknya tambahan pula gaji Mu’minah agak kecil. Namun,bagi Mu’minah rezeki Athirah sememangnya telah ditetapkan oleh Allah. Dia yakin dapat menjaga Athirah dengan sebaik mungkin. Shamimi yang lega dengan keyakinan Mu’minah untuk menjaga anaknya berjanji akan membantu membiayai perbelanjaan Athirah dengan memasukkan RM500 ke dalam banknya setiap bulan. Kenyataan Shamimi tadi menjadikan Mu’minah lebih dekat pada Allah kerana dia begitu teruja dengan janji Allah. Benarlah Allah tidak pernah memungkiri janji. Cerpen ini diakhiri dengan firman Allah, “ Allah pasti menolong mereka yang membantu agamanya ”.

1.2 SINOPSIS NOVEL

Tajuk: Tunggu Teduh Dulu.
Penulis: Faisal Tehrani.
Novel ini mengisahkan tentang kegigihan dan ketabahan hidup Salsabila Fahim dalam mengharungi liku-liku kehidupannya. Salsabila merupakan seorang bekas mahasiswa Pengajian Pentadbiran di sebuah university di Amerika, juga adalah seorang usahawan pertanian yang mengusahakan tanah peninggalan arwah ayahnya yang seluas lima hektar dengan merencanakan penanaman betik secara besar-besaran. Dibantu oleh sahabat karibnya, Teh Sofia, Mereka menongkah arus dan membuktikan wanita juga mampu bersaing dengan lelaki dalam dunia tani dan niaga yang penuh licik dan melelahkan. Ladang betik mereka diberi nama Tunggu Teduh Dulu. Dia mempunyai seorang adik tiri bernama Shahruzzaman yang telah berkahwin dengan mimi serta ibu tiri yang sudah tua serta uzur yang selama ini membenci akan kehadirannya sejak kecil lagi. Shahruzzaman sejak dari awal cerita lagi digambarkan dengan perwatakan liar dan sering mengancam dirinya kerana sentiasa inginkan wang akibat terlibat dengan dadah dan pinjaman wang dari Along tetapi akhirnya berubah dan insaf setelah dimasukkan ke Pusat Serenti selepas berkahwin dengan Mimi. Novel ini juga cuba menyampaikan bahawa setiap makhluk di alam ini adalah milik mutlak Allah dan Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Ini terpancar dalam novel dengan apa jua `kesenangan' dimiliki oleh Salsabila akan kembali kepada pemilik sebenarnya seperti kasih sayang yang baru diperoleh daripada ibu tiri dan adik tetapi mereka akhirnya kembali ke rahmatullah. Begitu juga dengan tanah yang dikerjakan dengan penuh kecintaan dan sungguh-sungguh akhirnya diambil untuk projek lebuh raya. Novel ini juga menceritakan tentang kisah Salsabila yang mempunyai dua lagi sahabat karib yang dikenali sejak kecil lagi iaitu Lam Ping Hai dan Kamil Zahidi. Walaupun Salsabila masih setia berpaut dengan kemurnian persahabatan lalu dengan Lam dan Kamil, namun jejaka-jejaka tampan ini pula menghulur dan menagih cinta sehingga wanita itu nanar untuk membuat keputusan. Namun isu lebih menarik ditampilkan ialah bagaimana Lam Ping Hai atau Saifullah menerima syahadah atau menerima tauhid sebagai darah dagingnya, iaitu setelah hasil penyelidikan mendalam tentang Islam. Tauhid pada Lam memberikan ketenangan jiwa yang tidak dapat dibayangkan. Di sini juga muncul secara mendadak watak Sazli yang memberi kesan besar dalam hidup Salsabila. Kehadiran ketiga-tiga lelaki ini menyebabkan Salsabila dengan konflik percintaan tiga segi bersama teman sejak kecil antara Kamil, Zahidi dan Lam Ping Hai atau nama Islamnya, Saifullah dan juga bekas pekerja ladangnya, Sazli. Namun akhirnya, atas kuasa qada dan qadar Allah s.w.t., Salsabila mengambil keputusan mengahwini Sazli Zainuddin, seorang bekas pekerja ladangnya yang jauh lebih muda malah sebaya dengan umur adiknya, 20 tahun dalam satu pertemuan di Mekah, sewaktu mengerjakan umrah bersama ibu tirinya. Jodoh pertemuan mereka ini juga adalah hasil doa ibu tirinya dihadapan kaabah yang memohon agar Salsabila ditemukan jodoh di situ. Perkahwinan mereka yang dilangsungkan di sana dengan pengetahuan ibu dan adik beradik sahaja menjadi sedikit kecoh kerana dia tidak menceritakan langsung kepada saudara-maranya yang lain termasuk sahabat karibnya Teh Sofia. Mereka hanya mengetahui akan perkahwinan Salsabila selepas Salsabila benar-benar bersedia mengadakan majlis kenduri di rumah ibu mertuanya di kampung. Hal ini kerana Salsabila khuatir sekiranya perkahwinan mereka menjadi bahan buah mulut orang kampung yang tidak memahami situasi sebanar yang berlaku tambahan pula dia berkahwin selepas ibunya meninggal dunia di Mekah dan pulang ke kampung tanpa ditemani Sazli. Novel ini diakhiri dengan kisah hidup antara Salsabila dengan Sazli selepas pertemuannya dengan Sazli yang pulang ke tanah air tanpa menamatkan pengajiannya di Jerman.


2.0 LAPORAN ANALISIS CERPEN
2.1 GAMBARAN WATAK UTAMA

2.1.1 Mu’minah.
a) Bertanggungjawab, berpegang kuat dan patuh pada agama.

Dia kerap mengingati firman Allah dalam setiap perkara yang dilakukan serta sering melakukan solat sunat dalam ibadahnya. Dia bertanggungjawab memikul tugas mendidik dan mengasuh Athirah sebaik sahaja anak itu ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya selepas berlaku penceraian. Tambahan pula, sebagai seorang yang berpendidikan agama dia berasa amat bertanggungjawab mendidik Athirah mengenal Islam dan Allah.

b) Tabah dan penyabar.
Dia sabar dan tabah menjaga Athirah walaupun menghadapi pelbagai kesukaran terutamanya dari segi emosinya yang tidak bersedia. Walaupun gajinya sedikit dia sentiasa mengingatkan dirinya untuk memberikan yang terbaik bagi membesarkan Athirah. Dia juga sabar dengan kerenah abangnya yang pada mulanya seperti melepaskan tangan.

c) Bersifat keibuan dan mudah tersentuh.
Dia sering memeluk dan menyanyangi Athirah. Dia membuat bajet untuk perbelanjaan mereka. Dia sentiasa memikirkan masa depan Athirah. Hatinya mudah tersentuh dan ada kalanya menangis memikirkan Athirah yang ditinggalkan ayah dan ibu. Dia juga menagis apabila dia merasakan yang dirinya sukar untuk mencurahkan kasih sayang kepada Athirah.

d) Cepat sedar apabila melakukan kesilapan.

Setiap kali terasa marah dia cepat beristighfar agar mendapat petunjuk daripada Allah.



2.2 JENIS-JENIS EMOSI YANG TERDAPAT DALAM CERPEN DAN PENGAPLIKASIAN KAEDAH INTROSPEKTIF.

Situasi 1:
Mu’minah tidak dapat menafikan bahawa kehadiran si kecil ini semenjak dua minggu yang lalu sedikit sebanyak telah mempengaruhi personaliti, psikologi dan emosinya. Gelaran puan, masa yang terhimpit, kerja yang terbatas dan sara hidup yang makin bertambah bagaikan menghimpit lenanya sejak akhir-akhir ini.

Petikan di atas menunjukkan emosi tertekan. Sememangnya perasaan tertekan ini wujud dalam situasi sebegini, lebih-lebih lagi pada seseorang yang tidak mempunyai sebarang persediaan dan pengalaman dalam menguruskan hal keibubapaan. Namun, bagi mengurus emosi ini kita perlu merasionalisasikan pemikiran. Dalam proses ini, kita perlu memikirkan beberapa alasan sebagai salah satu cara mengecualikan diri daripada melakukan kesilapan dan kekurangan walaupun kadang-kala alasan atau sebab-sebab yang difikirkan itu tidak begitu nyata. Antara rasionalisasi yang dapat dilakukan bagi menghadapi situasi ini ialah berfikir dan merasakan bahawa personaliti sebagai “Puan” adalah satu anugerah dan tanda hormat individu lain kepada kita seolah-olah kita adalah “madam”. Masalah masa yang terhimpit dan kerja yang terbatas pula sebenarnya hanya disebabkan kita memikirkan kualiti kerja yang dihasilkan kerana kita sebenarnya berpegang pada kata-kata “ it is not how much time you spend at the office, it is how the time is used ”. Walaupun tindakan ini hanya sekadar alasan namun pada dasarnya kita sebenarnya sedang cuba mencari motivasi dalaman diri dan menghindari konflik dalam diri dengan cara yang tepat.

Situasi 2:
… dalam solat Duha Mu’minah kali ini tidak setenang biasa kerana telingannya jelas menagkap bunyi barang-barang bertaburan jatuh di dalam bilik bacaannya. Hatinya tidak sabar untuk menyudahkan solat. Fikirannya pula sudah galak membuat andaian perkara buruk yang sudah berlaku. Selesai memberi salam dan tanpa berlengah lagi dia ke bilik tersebut tanpa sempat membaca wirid dan doa. Ketika kaki Mu’minah menapak betul-betul di muka pintu bilik bacaan, matanya membuntang dan dadanya berombak kencang menahan nafas yang turun naik tatkala melihat jam mejanya hancur berkecai. Buku-buku yang disusun kemas di atas rak pula bertaburan di atas lantai. Novel kesayangan Mu’minah pula terkoyak dua ada di genggaman Athirah. Dengan perasaan geram yang tidak tertahan lagi mulut Mu’minah lancang mengeluarkan kata-kata yang berbaur kesat. “ Kau memang menyusahkan aku.” Tengking Mu’minah dengan perasaan geram yang tidak tertahan lagi.

Petikan di atas menunjukkan emosi marah dan geram. Emosi ini amat jelas dikesan iaitu melalui ekspresi muka iaitu mata membuntang dan dada berombak kencang menahan nafas. Sememangnya kita akan berasa marah apabila berlaku keadaan seperti ini. Namun bagi mengurus emosi ini kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan. Menurut pakar psikologi, marah adalah emosi sekunder di mana dibelakangnya tersimpan emosi primer seperti resah, duka, hampa kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana terdapat keperluan yang tidak diselesaikan. Kemarahan boleh membawa banyak kerugian dalam hidup kita sekiranya tidak diurus dengan baik. Dalam hal ini, sekali lagi kita perlu menggunakan strategi merasionalisasikan pemikiran dengan cara membuat alasan bahawa kita masih bernasib baik kerana hanya jam meja yang hancur berkecai dan novel kesayangan terkoyak dua bukan Athirah, anak saudara yang disayangi berkecai kepala akibat dihempap rak-rak buku di situ. Hal ini kerana harta benda boleh dicari ganti tetapi nyawa tidak boleh ditukar ganti. Justeru, sikap “ making the best of what you have” adalah cara pelarasan yang sesuai untuk menghadapi keadaan yang susah terutamanya dalam keadaan mengawal kemarahan sebegini.

Situasi 3:

Mu’minah merancang ingin Berjaya dalam kerjayanya terlebih dahulu sehingga mengabaikan soal pasangan hidup dan rumah tangga. Bukan kerana tidak ada laki-laki yang sudi menyuntingnya tetapi Mu’minah tekad dengan cita-citanya itu. Dia ingin Berjaya dalam kerjayanya dan ingin membalas jasa orang tuanya terlebih dahulu. Selepas azam dan cita-citanya tercapai barulah dia ingin memikirkan soal rumah tangga. Dia ingin memberi komitmen sepenuhnya dalam menjayakan misinya itu. Tetapi kehadiran anak kecil ini membuatkan dirinya tercampak di satu daerah kekeliruan.


Petikan di atas menunjukkan emosi bercelaru dan tidak puas. Sememangnya diakui bahawa perasaan seperti ini akan hadir kerana rasa bercelaru disebabkan terlampau memikirkan pelbagai perkara yang harus dilaksanakan manakala tidak puas kerana belum sempat mencapai cita-cita yang diimpi muncul pula tanggungjawab baru yang harus dilaksanakan. Strategi yang terbaik untuk mengurus emosi ini ialah dengan cara menangguh kehendak (late gratification). Justeru dalam hal ini kita perlu menangguhkan hajat untuk mencapai cita-cita yang diimpikan buat sementara waktu sehingga diri berasa benar-benar lebih yakin untuk melaksanakannya bukan mengetepikan terus impian itu. Dalam hal ini kita seharusnya optimisme dengan melihat masalah sebagai akibat daripada keadaan yang boleh diurus bukan dari satu kekurangan personal. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan kesedaran sosial melalui sikap empati yang boleh dizahirkan dengan cara peka, prihatin, memahami perasaan dan keperluan Athirah dan bersedia membantunya. Alternatif pengurusan emosi yang lain adalah dengan kaedah spiritual sama ada dengan cara bersolat mahupun memperbanyakkan doa bagi mencari redha Ilahi kerana ternyata bahawa agama mampu memberi ketenangan yang diingini untuk menghadapi kecelaruan emosi.


3.0 LAPORAN ANALISIS NOVEL
3.1 GAMBARAN WATAK UTAMA


3.1.1 Salsabila Fahim.
a) Gigih dan tabah.

Dia gigih mengusahakan ladang betik di tanah pusaka arwahnya. Dia sama-sama turun padang bersama-sama pekerjanya dalam usaha memastikan tanamannya berjaya. Kegigihan dan ketabahan Salsabila juga terserlah ketika dia melayani kerenah rakan karibnya, Teh Sofia yang merajukkan diri ke luar negara kerana cemburu buta terhadap persahabatan yang terjalin antara Salsabila dan Kamil. Walaupun menghadapi pelbagai masalah pada saat itu, Salsabila tetap tidak berputus asa berusaha mengendalikan ladang betik tanpa bantuan daripada Teh Sofia. Dia juga tetap tabah walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam mempertahankan haknya untuk membangunkan pertanian di ladang itu walaupun mendapat ancaman daripada adiknya yang membakar bangsal di ladangnya serta ancaman daripada pihak pemaju yang merampas tanah mereka atas tujuan pembangunan. Namun, berkat kegigihan dan ketabahannya dia bangkit semula untuk mengusahakan semula pertanian betiknya di Selangor.

b) Penyabar.
Dia sentiasa sabar dengan kerenah adiknya shahruzzaman yang sering menuntut duit daripadanya. Dia tetap bersabar walaupun setelah mengetahui bahawa lelaki yang cuba memperkosanya pada malam itu adalah Shahruzzaman. Hal ini dapat dilihat apabila dia tidak mahu melaporkan tindakan adiknya itu kepada polis. Kesabaran Salsabila juga terlakar apabila berdepan dengan ibu tirinya yang pada mulanya sangat benci, dengki dan sering mengetepikannya sehingga menyebabkan Salsabila terpaksa dijaga oleh ibu saudaranya. Namun, sedikitpun di hati Salsabila tidak menyimpan dendam kepada ibu tirinya itu. Berkat kesabarannya itu ibu tirinya akhirnya menjadi baik hingga Salsabila yang sebelumnya memanggilnya sebagai mak cik telah menyebutnya sebagai mak.

c) Bertanggungjawab.

Dia sering menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya dengan memastikan setiap pekerja diberi gaji setiap bulan walaupun ada ketikanya dia begitu terdesak akibat menghadapi masalah dengan pihak bank dan pemaju yang tidak membayar wang pampasan tanahnya yang diambil mereka. Dia juga menjaga ibu tirinya yang sering sakit setelah Shahruzzaman sendiri tidak mempedulikannya. Dia juga menjaga Mimi, isteri Shahruzzaman yang sarat mengandung ketika adiknya itu berada dalam tahanan. Dia juga menjaga dan memujuk ibu mertuanya yang lumpuh untuk pergi berubat walaupun sepanjang ketiadaan suaminya di sisi. Dia juga bertanggungjawab memujuk dan menasu=ihati adiknya untuk kembali ke pangkal jalan.

d) Lemah lembut dan menghormati orang tua
Salsabila juga merupakan seorang yang lemah lembut dan tidak pernah bersikap kasar kepada orang tua. Ini yang menyebabkan ibu tiri dan ibu mertuanya amat sayang kepadanya.


3.2 JENIS-JENIS EMOSI YANG TERDAPAT DALAM NOVEL DAN PENGAPLIKASIAN KAEDAH INTROSPEKTIF.

Situasi 1:
“Awak ambil dompet ni. Boleh pergi dan jangan datang lagi.Saya tak mahu tengok muka awak lagi! Saya layan awak macam adik, tapi awak layan saya macam apa! Sazli diam.Saya tidak memandang mukanya.Enggan. Saya segera berpaling. Saya tahu apa yang saya lakukan.Tak perlu memaklumkan kepada Sarjan Bukhari tentang hal ini. Biar saja ia berlalu dan menjadi sejarah. Sudah saya tekankan kepadanya kekeliruan ini adalah satu kekusutan juga. Saya dan dia tak layak bercinta. Anehnya pemuda sebaik itu boleh jadi sangat bernafsu dan cuba memperkosa saya. Dia tidak faham bahasa barangkali. Remaja tanpa kelulusan begini, memang ada sahaja helah jahatnya.
(halaman 157 – 158)

Situasi di atas menggambarkan emosi marah. Emosi ini amat jelas dikesan melalui tindakan Salsabila meninggikan suara tanpa memandang muka Sazli ketika menyerahkan dompet itu. Benarlah pandangan pakar psikologi bahawa di belakang emosi marah terdapat emosi primer seperti hampa, tidak puas hati, resah dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesaikan atau dicapai. Hal ini jelas dibuktikan dengan tindakan Salsabila yang mula berfikiran prejudis sebaik sahaja memarahi Sazli. Benar, kita juga akan berasa marah sekiranya perkara sebegini terjadi. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan ancaman kepada maruah diri kita. Tidak dinafikan dalam situasi sebegini kemarahan yang dilepaskan mampu membuat kita berasa lega dan membuatkan orang itu tahu pendirian kita. Namun, manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih arsetif. Contohnya apabila perasaan marah timbul, gunakan teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama lima saat serta urut bahagian dada dan perut. Dengan menenangkan diri dalam situasi genting ini membolehkan kita berfikir secara rasional dan mengelakkan kita daripada bertindak secara meluru. Dalam situasi rasional kita pasti akan melaporkan kepada Sarjan Bukhari bagi memastikan bahan bukti yang dijumpai benar-benar milik pesalah. Di sini kita perlu belajar untuk tidak menghukum seseorang sehingga dia benar-benar didapati bersalah.

Situasi 2:

…Tersilih Sazli, memberi cadangan (yang saya kira satu saranan berat menghampiri perintah daripada seorang suami) supaya menziarahi ibu mertua, dan sebagai seorang Islam ia adalah kemestian. “ Mak abang mak awak, Sal. Kenapa pula dia tak terima awak?” “Maaf, saya nak mewajarkan semua ini, bang. Saya takut kalau, err… mak tak dapat terima keputusan mendadak kita begini. Juga saya rasa macam-macam.”
(halaman 385)

Situasi di atas menggambarkan emosi kerisauan. Hal ini amat jelas ditonjolkan melalui ekspresi emosi yang digambarkan melalui ayat-ayat lisan Salsabila yang sedikit teragak-agak dalam menyampaikan perasaan dan ketidakselesaannya. Bernikah selepas beberapa jam ibu tiri meninggal dunia serta tanpa kehadiran ibu mertua dan keluarga terdekat sememangnya menyingkap rasa kerisauan dalam diri kita. Benar, emosi sebegini akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang berada dalam situasi ini. Namun, kita perlulah menghindari pemikiran negatif seperti berburuk sangka ini. Sebaliknya cara yang lebih bijak adalah berfikiran positif. Tambahan pula perkara yang kita lakukan bukanlah perkara yang salah. Pada masa yang sama, kerisauan ini juga boleh diurus dengan cara memperbanyakkan doa kepada Allah mudah-mudahan diberi kemudahan dan petunjuk dalam setiap apa yang kita kerjakan. Selain itu, sikap berterus terang dengan kerisauan atau jujur dengan emosi yang dirasa juga harus dipuji kerana melalui luahan itu kualiti ekspresi emosi yang ditonjolkan mampu memberi maklum balas kepada orang yang ditujuinya supaya dia dapat bertindak dengan sewajarnya. Contohnya, orang yang ditujui itu boleh memberi kata-kata perangsang untuk kita berasa lebih yakin. Hal ini kerana faktor dorongan yang positif dari luar mampu memberikan impak yang positif pada motivasi dalaman seseorang.

Situasi 3:
Saya renung Datuk Ghaffar, bersuara, tiba-tiba sahaja hati saya rasa gundah bertukar sebak pilu. “Bukan niat nak lawan undang-undang pun, Datuk. Kami ni peladang muda nak sertai sekali dalam pembangunan Negara dan bangsa. Kami Cuma minta pertimbangan yang adil sahaja. Betul, pemaju sanggup bayar kos tanah dan segala yang ada di atasnya, tapi pemaju tak dapat bayar satu sen pun untuk segala kenangan tanah pusaka itu. Tak dapat bayar satu sen pun keringat dan usaha kami.” Tiba-tiba segala kesukaran menjadikan ladang betik kenyataan dating menerpa. Saya terlihat penyakit buah, serangga, serangat monyet, bangsal yang terbakar dan Sazli, suami saya di depan mata. Tidak saya sedar air mata mengalir.
(halaman 425-426)

Situasi di atas menggambarkan emosi kecewa. Kekecewaan ini jelas terpancar melalui ekspresi emosinya yang tiba-tiba sahaja berasa pilu apabila mengenagkan hasil pengorbanan dan penat lelahnya selama ini disia-siakan begitu sahaja. Kekecewaan ini juga digambarkan dengan iringan air mata yang mengalir tanpa disedari. Sememangnya diakui bahawa sesiapa sahaja yang berada dalam situasi ini akan berasa kecewa sekiranya apa yang kita usahakan dipandang enteng oleh orang lain. Namun begitu sikap kecewa ini seboleh-bolehnya dielak kerana kekecewaan yang berpanjangan boleh menyebabkan impak negatif pada personaliti dan kesihatan seseorang itu. Justeru antara langkah yang terbaik adalah menggunakan kaedah sublimilasi iaitu salah satu cara pelarasan untuk menggantikan kegagalan dengan alternatif yang lain. Contoh submilasi yang dapat dilakukan dalam situasi ini adalah mencari tanah lain untuk membangunkan semula ladang betik disamping memastikan segala kos ganti rugi yang dijanjikan dibayar oleh pemaju secepat mungkin. Bayaran ganti rugi tadi bolehlah dijadikan modal untuk memulakan kerja-kerja membangunkan ladang baru. Walaupun ia satu proses yang sukar kita perlu merasionalisasikan pemikiran dengan mengatakan bahawa dengan membangunkan ladang betik buat kali yang ke-2 akan lebih mudah dan membuahkan lebih banyak hasil kerana segala pengalaman sewaktu membangunkan ladang pertama boleh dijadikan panduan. Dalam erti kata lain, cara ini membolehkan kekecewaan yang dihadapi itu disubmilasikankepada satu perkara yang baik dan bermanfaat.

Situasi 4:
“Kakak suka kan, abang Zaman tak ada sekarang?” Kata-kata itu terlepas mendadak. “Maksud Mimi?” “Saya tahu apa salah besar abang Zaman tu. Sekarang kakak puas hati?” Saya masuk semula menapak mendekati Mimi dan entah apa yang merasuk, saya layangkan satu tamparan ke pipi adik ipar saya itu. “Melampau-lampau”
(halaman 614)

Situasi di atas menggambarkan emosi geram. Ini dibuktikan dengan tindakan Salsabila yang menampar pipi adik iparnya secara tiba-tiba kerana bersangka buruk terhadapnya. Sememangnya dalam situasi begini kita akan berasa geram dengan tindakan Mimi yang menuduh sedemikian rupa tambahan pula Shahruzzaman baru sahaja meninggal dunia dan dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke kampung. Namun begitu, kita tidak seharusnya mengikutkan perasaan geram itu sebaliknya menunjukkan kesedaran sosial dengan menunjukkan tingkah laku seperti empati. Melalui empati kita akan mampu memahami, peka, mengambil berat dan bersedia mendengar luahan perasaan dan masalah yang dihadapi Mimi sekaligus bersedia untuk membantunya. Hal ini kerana Mimi baru sahaja kehilangan suami yang tercinta, sudah tentu hatinya sedang berkecamuk dan memerlukan seseorang untuk menenteramkannya. Justeru, pada masa yang sama kita perlulah bijak untuk menggunakan kemahiran sosial seperti kemahiran dari aspek komunikasi di mana kita seharusnya bertolak ansur dengan apa yang diperkatakan Mimi kerana dia sendiri berada dalam keadaan separa rasional, serta menggunakan pengurusan konflik dengan cara mempamerkan diplomasi ketika menangani situasi tegang, mengesan dan mengambil tindakan yang bijak dalam menyelesaikan perselisihan.

Wednesday, July 1, 2009

Cinta Kuasa Luar Biasa

Zaman remaja memang ramai yang terjerumus dengan cinta. lebih2 lg orang mcm aku.. Jika x berhati2 mungkin boleh jadi gila disebabkan cinta.. aku ingat lagi kata2 keramat yang sering digunakan oleh kawan2 kat maktab dl - "cinta itu pemangkin cita2, cinta jadi mulia jika kt pandai menghargainya"... relevenkah kt2 2? mungkin ya.. sememangnya dlm hidup ni.. x pernah aku impikan untuk bercinta dengan rakan sebaya y pernah sama2 dok ngaji ngn aku satu masa dl... hahaha.. actually aku juz nk kongsi ngn kawan2 yang tengah hangat bercinta kat luar sana.. bukan ap..mudah2an dengn bkongsi ap yg ad ni dpt mbantu aku mengenal diri sendiri..
hmmm.. cmne nk start ea?
ok la... aku mulakan kat sini ea?
actually ak sendiri x pasti mcm mn aku boleh jatuh cinta dgn lelaki ni.. aku juga xpasti bl sebenarnya ak mula jatuh cinta dgn dia.. y aku pasti, aku mmg cintak dia.. n biasala.. bl da mula bcinta.. mcm2 yg perasaan datang.. mula la rs sayang..rindu.."jeles"..n mcm2 lg la.. kadang2 boleh jadi gaduh..tambahan pulak time 2 cinta kami ni cinta utara-selatan..mcm2 la dugaan y datang.. n skarang ni pulak disebabkan faktor y xdpt dielak cinta kami tersekat dek dihalang oleh Banjaran Titiwangsa..maka bertukarlah mjadi cinta timur-barat.. huish,, dugaan2.. so, dpendekkan cite...

1. Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

2. Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.

3.Jgn terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu.

4. Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.

5. Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu.

6. Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.

Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.
Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta.

Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman.

Cinta Kuasa Luar Biasa





Perkahwinan adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih, namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian, kejujuran dan paling utama, ketakwaan serta keimanan kepada Allah SWT.

Friday, May 22, 2009

Sekilas Pandang...

tengah dok pening2..
tetibe terbaca la pulak
ayat ni...



huhu......
harap2 ok la xm kali ni.....
mudah2an sgala usaha n ilmu yang diperoleh diberkati oleh-Nya..
insyaALLAH.....

Thursday, May 21, 2009

FaMily 1st


Nilai Permata Keluarga
www.iLuvislam.com
tuan mohd rezza
editor : everjihad

Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, bergantung kepada ibu bapa yang hendak mencorakkan. Bila ibu bapa sudah dibesarkan dalam keganasan, biasa dengan marah, pukul, maki hamun, sudah pasti anak yang lahir dari kedua-dua mereka akan merasai perkara yang sama kecuali berlaku perubahan ilmu dan mujahadah(pengorbanan) yang bersungguh-sungguh terhadap sikap ibu bapa tersebut. Namun begitu, dalam keadaan emosi yang amat, selalunya ibu bapa akan gagal mengawal diri, lalu melahirkan warna diri yang sebenar yang dicorakkan oleh orang tua kepada ibu bapa tersebut.

Children learn what they seem.

Ingatlah, cara orang tua kita mendidik anak-anak dari hati yang sarat dengan Iman dan takwa kepada Allah Taala. Walaupun tiada tarbiah secara langsung, tetapi sapaan lembut mereka dalam jagaan seolah-olah Allah Taala telah mentarbiah jiwa, jalan dan cara mereka lantaran sanggup menempuh segala susah dan payah, dan paling penting ikhlas kerana Allah Taala.

Dalam pada itu, ayah yang hebat ialah ayah yang boleh bersabar dengan keadaan anak-anak yang terdedah dengan segala gejala yang merosakkan yang ada dalam rumah sendiri. Masa kecil memang boleh disanggah, tetapi bila anak dah membesar dan menjadi remaja, banyak pula mata-mata yang menunggu untuk merosakkannya. Tidak semua orang sama rasa kegembiraan, dan tidak semua orang sama rasa penderitaan. Banyak orang dapat pengetahuan dari apa yang dibaca dari dada-dada akhbar, internet, media massa dan sebagainya. Kelebihan yang ada diperhalusi, kekurangan yang ada dipertingkatkan. Had mutu, dan kualiti hidup perlu diperkemaskan dari masa ke semasa, apatah lagi bila sudah bergelar ibu dan bapa, maka bertambahlah kos penambahbaikan hidup, bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi seluruh isi rumah yang tertumpah ruah di atas bahu kita.

Memang orang Melayu menjadi trauma bila ingin berjumpa doktor apatah lagi psikiatri ditambah lagi untuk membincangkan masalah keluarga dan anak-anak. nampak macam parents yang gagal dalam mendidik. Menjadi mangsa adalah anak-anak. Penulis juga ada perhatikan bila parents sibuk, anak-anak akan lebih ‘berperangai’ untuk menarik perhatian.

Pertanyaan ayah pergi mana, bila ayah nak balik, kerja tak habis-habis, asyik mesyuarat aje, dan sebagainya, kadang-kadang mengundang marah si ibu kerana tidak faham masalah dan renggekan anak-anak.

Kesempatan yang ada, belajar dari mereka yang pakar dalam membuka ruang komunikasi antara suami, isteri, ayah, ibu, dan anak-anak menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apa yang diharapkan dari kesungguhan ini, ialah terbitnya keinginan untuk belajar oleh ibu bapa terutama ibu dan bapa dari kalangan muda-mudi dengan tidak menganggap pendidikan anak-anak dan kekeluargaan sebagai sesuatu yang remeh atau mudah secara ‘plug and play’.

Pengalaman itu sendiri bukanlah guru. Pengalaman akan hanya menjadi guru, apabila kita memproses pengalaman itu. Dapat dikenal pasti hujung pangkalnya, kelebihannya, kelemahannya dan dirumuskan sebagai panduan. Adapaun panduan itu tidak optimum kecuali apabila ia didokumentasikan. Dokumentasi pengalaman, yang penulis harapkan ialah tepat dan jelas. Tepat sahaja, tapi kalau tidak jelas, abstrak, tidak praktikal akan menghilangkan nilai tepat itu tadi. Bagi ibu bapa, tidak kira anda tua atau muda usianya, sama-sama menggunakan pendekatan Luqman el Hakim, itulah yang paling tepat dan jelas. Apa-apa pun each case has its own circumstances dan apa-apa pengalaman sendiri semasa jadi anak, atau sudah jadi bapa, atau melihat ibu bapa lain, atau anak-anak orang lain, pengalaman itu tetap ada pengajarannya. Cuma cara olahan itu ikutlah kepandaian masing-masing. Setiap pengalaman yang silam ada pertimbangannya untuk peristiwa akan datang. Jika bukan sebagai guru yang mengajar, setidaknya membolehkan kita menentukan cara terbaik menghadapi anak-anak yang merupakan generasi MMS, E-mail, blog dan macam-macam lagi teknologi moden. Itu semua perkara subjektif dan setiap ibu bapa ada acuan masing-masing. Perbezaan cara, pengetahuan dan pengalaman itu perlu dirumuskan dalam satu adunan berkala. Tahu bila dibuat ini, dan itu, mana didahulukan dan dikemudiankan.

Hanya setelah mereka melalui fasa-fasa penting perkembangan diri mereka, then ia membina karektar kekal dan mencari ruang selesa bersama kawan-kawan. Masa itu, sudah agak terlambat. Masa mereka mula berasa selesa dengan sikap mereka sekarang. Namun semuanya anjakan dari perasaan halus seorang anak yang inginkan perhatian. Jesteru itu, anak adalah amanah bukan sekadar sebuah harapan konklusi meramaikan anak sahaja, tapi lebih dari itu. Kena pandai bezakan di antara nakal dan jahat. Kenakalan masuk dalam kategori benda-benda yang kita ‘abaikan’. Manakala kejahatan, ialah perlakuan kanak-kanak seperti menipu dan mencarut. Those need correction almost instantly. Even to correct them later would confuse the kids. Jika dibentuk awal, biasanya kebanyakan tindakan kanak-kanak untuk mendapatkan perhatian parents hanya berlegar pada soal kenakalan. Kalau kita biar-biarkan tanpa guidance, maka masa itulah berkemungkinan besarnya nanti dia akan berjinak-jinak dengan kejahatan.

Kanak-kanak yang diberi penekanan bukan sekadar pertumbuhan jasmani, tetapi keutamaan pada kemantangan rohani mereka, akan membentuk tindak balas spontan yang baik. Ini diakui pakar kaji otak, kenyataan-kenyataan sebegini rupa akan tertanam di dalam sub concious mind kanak-kanak itu dan mereka akan anggap apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka adalah tidak betul dan mereka secara tidak sedar, atau sedar akan avoid perkara itu. Apabila ibu bapa mengagumi artis-artis dalam realiti show dan sorakan pujian dibuat di depan anak-anak yang kecil, situasi ini juga akan tertanam dan mereka pun akan cuba jadi artis kerana reaksi positif yang diberikan oleh ibu bapa. Kesian juga, ibu bapa berjiwa pendakwah. Kadang-kadang sampai terlupa insan yang paling dekat yang harus ‘didakwah’. Bak peribahasa Melayu;

"Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan"

Cuma dalam konteks ini, mungkin kita boleh mencuba pendekatan dakwah atau kerja yang lebih bersifat ‘mesra keluarga’. Sebagai contoh, nursery kat tempat bekerja. Ibu bapa mungkin mempunyai lebih masa untuk anak-anak dan lebih dekat. Dari segi kaca mata dakwah, seisi keluarga mungkin boleh turut sama diajak turun ke medan. Baru boleh sama-sama merasa asam garam dan rencah kehidupan seorang bapa atau ibu berjiwa da'ie.

"Permata yang berharga lahir dari sebuah kaca yang digilap 'dalaman' bukan hanya 'luaran' sahaja"